Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menandatangani buku pelawat SK Menuang. Foto: TVS

YSISS sasar lahir pelajar kompetitif dan mahir kuasai Bahasa Inggeris – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 24 Jun: Penubuhan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) bertujuan untuk melahirkan pelajar kompetitif dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik khususnya di luar bandar.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pembinaan sekolah tersebut merupakan tindakan strategik Sarawak bagi memacu nilai pendidikan bertaraf antarabangsa demi masa depan anak Sarawak dengan mengguna pakai silibus diiktiraf di peringkat global.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersalaman dengan murid SK Menuang sebaik tiba di sekolah itu. Foto: TVS

Katanya, ia bagi membolehkan pelajar cemerlang dari luar bandar dan bandar dan semua kaum, malah daripada keluarga berpendapatan rendah bersaing sesama mereka.

“Saya berharap ada di antara pelajar di sini (SK Menuang) dapat dipilih untuk mengikuti pengajian di lima buah YSISS yang sedang ditubuh. Ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar di luar bandar, pendidikan percuma.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkeinginan mahu untuk memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat negeri sarawak sehingga peringkat universiti, jika pendapatan negeri ini meningkat dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Menuang, Limbang hari ini.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai PIBG SK Menuang. Foto: TVS

Turut sama ialah Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Petrick Lukong, Guru Besar SK Menuang, Suhailee Laidin dan Setiausaha PIBG SK Menuang, Ustaz Abdul Malik Deni.

Pembinaan YSISS yang terletak di Petra Jaya telah mula beroperasi secara rasmi pada 4 April 2022 selain akan dibina di Sibu, Bintulu dan Miri.

Katanya, lagi golongan pelajar khusus di luar bandar tidak seharusnya menguasai kemahiran penguasaan bahasa kebangsaan sahaja, tetapi juga merangkumi Bahasa Inggeris.

“Kerajaan kita menumpukan kepada penguasaaan Bahasa Inggeris, kita tak mahu hanya menguasai bahasa kebangsaan, keputusan SPM baru-baru ini tidak memberangsangkan terhadap Bahasa Inggeris, ramai yang gagal dan kerajaan kita berusaha supaya orang Sarawak kembali menguasai Bahasa Inggeris.

“Saya minta PIBG menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan kemahiran dalam penguasaan Bahasa Inggeris,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan