Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (tiga kiri) bersama (dari kiri) Temenggung Willie, Suhailee, Ustaz Malik dan Petrick memikul gong perasmian Ngiling Bidai SK Menuang. Foto: TVS.

Warga pendidik jayakan hasrat Sarawak capai negeri berpendapatan tinggi 2030

LIMBANG, 24 Jun: Warga pendidik di negeri ini memain peranan penting dalam bersama-sama menjayakan hasrat Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, hasrat menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi terletak pada sumber modal insan berkualiti.

Malah, katanya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat menekankan usaha untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di negeri ini dalam melahirkan sumber modal insan sesuai dengan keperluan negeri dan bertaraf global.

“Saya percaya kerajaan kita sarawak mempunyai perancangan yang sangat tepat untuk menuju wawasan menjadi negeri maju 2030, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Premier sentiasa menekankan sasaran Sarawak maju 2030 berpendapatan tinggi dan yang penting adalah warga pendidikan yang akan mengisi masa depan inilah, apa yang kita buat adalah untuk masa depan,” katanya ketika berucap Pada Majlis Ngiling Bidai Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sk Menuang, Limbang hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota menjelaskan lagi hasrat Sarawak ini harus disokong oleh sumber modal insan yang terlatih dengan sistem pendidikan berkualiti.

Katanya, lagi kerajaan amat menyokong peranan yang dimainkan PIBG sekolah di Sarawak untuk mengangkat pencapaian pelajar dan sekolah ke peringkat lebih tinggi sekali gus melahirkan pelajar yang cemerlang.

Beliau turut memuji pencapaian PIBG SK Menuang yang tersenarai sebagai PIBG terbaik di Limbang khususnya dalam menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun, selain berjaya menyumbang kepada pencapaian sekolah berkenaan.

Dalam pada itu beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal dalam kalangan pelajar yang dikhuatiri boleh menjejaskan pelajaran mereka.

Katanya, jika digunakan secara berlebihan ia boleh menyebabkan pelajar leka dan akan lebih kepada bermain sosial media dan pelbagai lagi termasuk memberi kemudahan menonton bahan terlarang di media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan