Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Abdullah Saidol, Datuk Ding Kwong Hiing dan Yusuf Abd Wahab menyaksikan Tuai Rumah Seli Judi melakukan upacara miring Gawai Perpaduan Mupong di Bintangor, hari ini. Foto: MIPD

Uggah seru pemimpin akar umbi jalin kerjasama erat dengan wakil rakyat

ByIzzah Kamilah Yunus

BINTANGOR, 24 Jun: Pemimpin akar umbi seperti ketua kampung dan tuai rumah diseru agar bekerjasama rapat dengan wakil rakyat masing-masing dalam merealisasikan pembangunan dan kemajuan di kawasan mereka.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, segala permasalahan perlu dibincangkan bersama supaya tidak menghalang pelaksanaan sebarang program pembangunan.

“Adalah lebih baik kita bergabung dan bekerjasama. Bincangkan dengan wakil rakyat anda mengenai keperluan dan aspirasi anda,” katanya ketika merasmikan Gawai Perpaduan Mupong anjuran bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Pusat Khidmat Kawasan Semop di Mupong di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kwong Hiing dan Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab.

Uggah berkata lagi, semangat kerjasama, perbincangan dan perpaduan amat penting dalam meneruskan rancangan pembangunan.

Sarawak amat bertuah kerana semua wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) membuktikan mereka merupakan pemimpin yang komited dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam menghubungkan semua rumah panjang dan kampung dengan jalan raya menjelang 2030.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Abdullah Saidol dan Yusuf Abd Wahab melawat gerai jualan produk tani. Foto: MIPD

“Kementerian saya kini berada dalam fasa akhir mengenal pasti semua rumah panjang dan kampung yang berada dalam perancangan dan pelaksanaan (jalan raya).

“Ini menelan kos yang tinggi tetapi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai cara untuk mencari dana yang diperlukan.

“Bajet pembangunan negeri sekarang ialah RM6.8 bilion yang mana kira-kira 70 peratus daripadanya dikhususkan untuk membangunkan kawasan luar bandar,” katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai permintaan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop yang memohon sebuah jambatan dibina di Tanah Putih, beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta untuk meneliti perkara tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan