Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Nurliza (tiga kiri) ditemani Adinin (dari kiri) Suriani dan wakil Syarikat Lee Ling melakukan gimik membuang sampah ke dalam tong kitar semula. Foto: Pejabat Kesihatan Limbang.

Tiada kes demam denggi dilaporkan di Limbang – Dr Nurliza

LIMBANG, 24 Jun: Tiada kes demam denggi dilaporkan di Bahagian Limbang setakat ini walaupun kes berkenaan di peringkat kebangsaan menunjukkan peningkatan.

Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, Dr Nurliza Jusoh berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah pencegahan dengan memberi kesedaran kepada komuniti untuk menggalak aktiviti gotong-royong.

“Bagi peringkat komuniti kita menggalakkan mereka melakukan aktiviti gotong-royong dengan meluang masa selama sejam untuk membersihkan kawasan dan di peringkat individu kita menggalakkan mereka meluang masa selama 10 minit untuk membersihkan persekitaran,” katanya kepada media ketika ditemui pada program One Hour Malaysia Clean Up, Gotong Royong Mega Perangi Aedes, hari ini.

Turut sama ialah Pegawai Perpaduan Bahagian, Suriani Yussop dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rangau, Adinin Adol.

Program kesedaran itu katanya, dilakukan dengan kerjasama rakan strategik KKM, program itu turut disertai sebanyak 24 KRT di Daerah Limbang yang mengadakan program sama di kawasan masing-masing di bawah Program Gerak Rahmah 2023 yang dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Turut diadakan perasmian aktiviti GoRo Mega 1.0 dan Pelancaran One Hour Malaysia Clean Up sempena Sambutan Hari Denggi Asean 2023, penyerahan tong kitar semula oleh Syarikat Lee Ling Timber kepada KRT Rangau dan gimik pelancaran (buang sampah ke dalam tong kitar semula). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan