Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan ke arah jurufoto semasa hadir pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, hari ini. Foto: Bernama

PM Anwar tabik cara Sarawak, sentiasa berbincang cari penyelesaian

BySaibi Gi

KUCHING, 24 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik cara kerajaan Sarawak membangunkan negeri.

Menurutnya, Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan antara negeri yang paling tangkas dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan.

Sarawak bakal ambil alih MASwings jadi syarikat penerbangan butik – Abang Johari

“(Sarawak) mendepani isu digital, isu kenderaan elektrik, isu hidrogen. Itu Sarawak jauh ke depan. Itu cara dia, dia buat kerja dia bincang,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa sesi dialog bersama mahasiswa pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, hari ini.

Sarawak bakal ambil alih MASwings jadi syarikat penerbangan butik – Abang Johari

Anwar turut mengambil contoh hasrat kerajaan Sarawak hendak menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.

“Saya kata ok, dia nak buat airline dia nak bincang dengan (Menter Pengangkutan) Anthony Loke, ok jalan bincang elok-elok, tengok syarat, ok putuskan dalam kabinet… itulah cara dia,” katanya.

Sarawak bakal ambil alih MASwings jadi syarikat penerbangan butik – Abang Johari

Beliau menjadikan Sarawak sebagai kerajaan negeri yang sentiasa berbincang dengan kerajaan Persekutuan mencari cara untuk melaksanakan program pembangunan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan