Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) akan mengadakan sesi pengambilan awal bagi pegawai dan perajurit muda Siri 2/2023 secara datang terus pada 29 Julai, di PSTL Kuching. Foto: Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching. Foto: PSTL Kuching (Facebook)

Pengambilan awal pegawai dan perajurit muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dibuka 29 Julai

ByNurul Amarlina

KUCHING, 24 Jun: Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) akan mengadakan sesi pengambilan awal bagi pegawai dan perajurit muda Siri 2/2023 secara datang terus pada 29 Julai, di PSTL Kuching, di sini.

Menurut hantaran media sosial PSTL Kuching, masa pendaftaran bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.

Dokumen asal serta salinan yang diperlukan termasuklah lima keping gambar berukuran pasport, tiga salinan kad pengenalan, tiga salinan kad pengenalan waris, tiga salinan sijil kelahiran, tiga salinan sijil berhenti sekolah, tiga salinan sijil SPM, STPM, Diploma, Ijazah, tiga salinan sijil kahwin atau surat perakuan nikah (jika ada) dan alat tulis yang secukupnya.

Pemohon perlulah memakai baju putih berkolar, seluar sukan dan berkasut sukan.

Bagi calon wanita Islam tudung hendaklah berwarna gelap manakala calon wanita bukan Islam, rambut haruslah diikat kemas atau bersanggul.

Selain itu, calon lelaki haruslah bercukur misai dan janggut dan berambut pendek kemas.

Untuk  syarat kelayakan lain dan maklumat lanjut, layari laman media sosial rasmi PSTL Kuching atau klik pada pautan ini untuk membaca risalah pengambilan PSSTLDM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan