Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sempat singgah di ruang pameran TVS sempena Majlis Pelancaran Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Kapit. Foto: TVS.

Pembangunan infrastruktur, minda harus seiring – Alexander Nanta

ByFebbright James

KAPIT, 24 Jun: Kerajaan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur di Kapit dalam usaha memastikan bahagian itu membangun seiring dengan kawasan lain di Sarawak.

Walau bagaimanapun menurut Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pembangunan minda penduduk juga harus diberi penekanan sejajar dengan pembangunan infrastruktur.

“Ketika ini fokus banyak diberikan terhadap pembinaan jalan-jalan yang menghubungkan kampung serta rumah panjang ke bandar. Kita juga giat membangunkan liputan telekomunikasi dan bekalan air terawat.

“Selain pembangunan fizikal, kita juga menekankan pembangunan minda penduduk kerana ia akan membantu kita menggerakkan agenda pembangunan negeri. Kita mahukan rakyat yang berpikiran positif dan mempunyai perwatakan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah pemberita semasa majlis pelancaran Kembara Sarawak Merdeka sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Kapit Town Square pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh Nicholas Kudi Jantai, ADUN Pelagus Wilson Nyabung Ijang dan Residen Bahagian Kapit Galong Luang.

Nanta berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana menganjurkan program yang sangat signifikan itu di Kapit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan