Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba sedang mengeluarkan pemandu kereta Perodua Kancil yang tersepit selepas terbabas ke dalam gaung di tepi jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Jejambat Sibu pagi tadi. Foto: JBPM Zon 4 Sibu

Lelaki maut, Perodua Kancil bertembung 4WD di Sibu

SIBU, 24 Jun: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) dalam nahas di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Jejambat Sibu dekat sini kira-kira jam 11 pagi tadi

Mangsa dikenali sebagai Jarau Nyala, 61, berasal dari Rumah Umpang, Sungai Baoh Burak, Dalat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramediks Hospital Sibu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah Toyota Land Cruiser.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.20 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu Perodua Kancil dan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua buah kereta terbabit yang menghala dari arah yang bertentangan telah bertembung sehingga menyebabkan kereta kancil berkenaan terbabas ke dalam gaung di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, operasi mengeluarkan mangsa tersepit dijalankan dengan menggunakan peralatan penyelamat.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia tempat kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 12.18 tengah hari,” katanya,

Katanya pemandu Land Cruiser terbabit hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.

Kes, katanya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan