Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan bantuan makanan tanpa tunai melalui kad pengenalan kepada penerima bertempat di Dewan Kampung Malaysia Jaya, hari ini. Foto: TVS.

Kerajaan Sarawak cadang tubuhkan Penguatkuasa Pelabuhan sendiri

KUCHING, 24 Jun: Kerajaan Sarawak bercadang menubuhkan Penguatkuasa Pelabuhan sendiri seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia di mana pelabuhan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia (MA63), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya akan mengusulkan kepada jawatankuasa MA63 pengambilan semula atau penyerahan semula Pelabuhan Bintulu atau ‘Bintulu Port’ kepada Sarawak.

Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan bantuan makanan tanpa tunai melalui kad pengenalan kepada seorang penerima bertempat di Dewan Kampung Malaysia Jaya, hari ini. Foto: TVS.

“Itulah mereka melihat bahawa Pelabuhan Bintulu satu-satunya pelabuhan yang masih berada di bawah kawal selia Kerajaan Persekutuan. Jadi hasratnya ialah kalau dapat untuk pengambilan balik ataupun penyerahan balik Pelabuhan Bintulu itu kepada kerajaan negeri sesuai dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan dan sebab itu dikemukakan pada saya semoga perkara ini dapat dibawa dan diusulkan di bawah Jawatankuasa MA63. Kalau ia memang hak Sarawak, kita patut kembalikan kepada Sarawak,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Program Love My Neighbourhood Petra Jaya, hari ini.

Tegas Fadillah lagi, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat bagi mendapatkan keputusan dan penyelarasan berkenaan isu tersebut.

“Jadi bersesuaian dengan itu saya kira jawatankuasa akan memanggil mesyuarat secepat mungkin. Sebab itu hasrat kami kerajaan negeri untuk saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 untuk memanggil mesyuarat supaya kita dapat selaraskan apa yang telah dihasratkan kerajaan negeri,” ujar beliau.

Program Love My Neighbourhood Petra Jaya merupakan program anjuran Pejabat Pusat Khidmat P194 Petra Jaya dengan kerjasama sebuah badan kebajikan bukan kerajaan, Mykasih Foundation.

Program tersebut merupakan program pemberian bantuan makanan tanpa tunai melalui kad pengenalan kepada golongan B40 dengan menggunakan teknologi cip Mykad.

Seramai 500 keluarga telah dipilih dan setiap keluarga menerima bantuan sebanyak RM200. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan