Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof bersama penerima bantuan pada Majlis Program Love My Neighbourhood Petra Jaya bertempat di Dewan Kampung Malaysia Jaya, hari ini. Foto: TVS

GPS fokus kepentingan rakyat Sarawak, tidak terlibat PRN 6 negeri – Fadillah

KUCHING, 24 Jun: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan terlibat dalam mana-mana Pilihan Raya Negeri (PRN) di luar Sarawak sebaliknya hanya akan memfokuskan kepada kepentingan rakyat Sarawak.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dalam konteks tersebut GPS sudah ada pendirian yang tersendiri.

“Kita tidak terlibat pilihan raya di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi, sebab GPS memfokuskan kepada kepentingan rakyat Sarawak. Memperjuangkan kepentingan Sarawak dan pada masa yang sama kita menyokong di peringkat persekutuan untuk dibentukkan dengan kerajaan yang stabil.

“Jadi itu prinsip yang kita (GPS) pegang sejak dulu lagi, tapi bagi Menteri-menteri yang berada dalam Kabinet termasuk Timbalan Menteri yang berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita mungkin akan pergi ke kawasan berdasarkan program kementerian tetapi bukan untuk berkempen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Program Love My Neighbourhood Petra Jaya di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, terbukti Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg seorang pemimpin yang dihormati bukan sahaja di peringkat negeri, malah juga dalam kalangan kepimpinan di Semenanjung Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan ialah keseluruhan kepimpinan di Semenanjung Malaysia  tida kira di peringkat kerajaan mahupun pembangkang, melihat bahawa Premier kita salah seorang pemimpin yang dihormati,” katanya.

Katanya, Abang Johari bukan sahaja membawa Sarawak menjadi sebuah negeri yang maju dan stabil tetapi dari segi dasar strategi yang telah diumumkan membawa harapan Sarawak akan menjadi sebuah negara yang berkembang maju, seperti mana yang disasarkan menjelang 2030.

“Apa yang lebih utama lagi ia memberik semangat kepada negeri-negeri lain sebab Sarawak dijadikan negeri contoh, malahan di peringkat dunia sekali pun,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan