Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri, Zuraini Abdul Jabbar diberi penerangan mengenai salah satu karya yang dihasilkan oleh pelukis yang menyertai BIC Festival. Foto: TVS

Galeri Seni Sarawak siap 18 bulan lagi – Abdul Karim

KOTA SAMARAHAN, 24 Jun: Pembinaan Galeri Seni Sarawak di salah sebuah bangunan lama berhadapan Balai Polis Sentral yang dijadualkan siap tidak lama lagi memerlukan sedikit tempoh untuk disiapkan sepenuhnya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditanya pemberita mengenai status pembinaan galeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, kelewatan pembinaan galeri itu disebabkan beberapa faktor.

“Terdapat sedikit pengubahsuaian yang perlu dilakukan akibat dari pembinaan kerja tanah yang dilakukan sebelum ini di mana penggerudian yang digunakan dalam pembinaan kerja tanah tersebut meninggalkan kesan kepada lantai.

“Saya mahu lantai tersebut diperbaiki semula kerana ia adalah bangunan warisan sebelum galeri itu boleh dibuka bagi acara perasmian gilang gemilang,” katanya selepas merasmikan Borneo Illustration and Creative Festival (BIC) Festival Vol.2 di La Promenade Mall, di sini, hari ini.

Ditanya jangka masa galeri tersebut akan dibuka, Abdul Karim menjangkakan ia memerlukan tempoh ‘setahun setengah’ dari sekarang.

Hadir sama isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabbar, Pengarah BIC Festival, Frank Foo dan Timbalan Presiden Sarawak Artists Society, Gerald Goh.

BIC Festival kali kedua ini menghimpunkan 36 bakat tempatan dalam bidang lukisan dan penghasilan karya seni pelbagai peringkat umur.

Dengan tema Raikan Kebangkitan Budaya Sarawak Melalui Seni, acara tersebut dianjurkan Syarikat Creative Umbrella Co dengan kerjasama beberapa studio tempatan antaranya Studio Seni Bunglon, Arttod Art Studio dan Fun Art Club

Festival yang dianjurkan di Pusat Membeli-Belah La Promenade selama 16 hari bermula dari hari ini hingga 9 July itu turut memamerkan beberapa karya seni yang unik.

Antaranya karya pemasangan seni ‘Unity in Diversity’ dan ‘The Land of Hope’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan