Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari adakan lawatan ke New Zealand sebagai Presiden RISEAP esok

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengadakan lawatan rasminya sebagai Presiden Majlis Dakwah Islamiah Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke New Zealand yang merupakan antara negara anggota majlis bermula esok.

Menurut kenyataan media yang dikongsi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini, lawatan Premier Sarawak tersebut merupakan yang pertama kalinya ke negara anggota sejak dipilih sebagai Presiden RISEAP awal tahun ini.

Abang Johari akan diiringi rombongannya yang terdiri daripada Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yasin dan Setiausaha Kehormat RISEAP, Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar masing-masing dijadualkan tiba di Auckland sebelum tengah malam Ahad.

RISEAP kini dianggotai 24 negara sejak ditubuhkan pada 1980 oleh Presiden pengasasnya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan membawa objektif bagi menyatukan negara-negara minoriti Islam di Asia Timur dan Pasifik untuk mengejar cita-cita kolektif dalam tujuan Islam.

Sebaik tiba di lapangan terbang Auckland nanti, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan disambut anggota Persekutuan Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) yang diketuai Presidennya, Ibrar Sheikh.

Pada pagi Isnin, Premier Sarawak dijadualkan bertemu wakil dari Australia, Fiji dan Papua New Guinea.

Kemudian, beliau akan bertemu imam dan pegawai FIANZ di masjid Al Rahman di Auckland Selatan sebelum mengambil bahagian dalam acara penanaman pokok dan melawat masjid lain pada sebelah petang.

Premier Sarawak dan rombongannya akan menamatkan lawatan dua hari itu pada hari Rabu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan