Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Semabang Unity yang turut mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir esok.

8 pasukan berentap di peringkat suku akhir Piala Klanying Buyo 2.0 esok

ByTVS

KUCHING, 24 Jun: Lapan pasukan sekitar Kuching, Samarahan dan Serian mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Kejohanan Bolasepak Lelaki Piala Klanying Buyo 2.0 2023 yang akanĀ berlangsung di Stadium Siburan esok.

Sebelum itu sebanyak 40 pasukan dari sekitar Kuching, Samarahan dan Serian menyertai kejohanan tersebut di mana perlawanan telah diadakan semenjak 7 Mei dan akan berakhir 9 Julai ini.

Menurut Pengerusi Penganjur, Jonny Awas, ini merupakan kejohanan kali kedua diadakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan kaki bola.

ā€œTahun lepas sebanyak 32 pasukan sekitar Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian yang mengambil bahagian di dalam kejohanan ini,ā€ katanya.

Beliau berkata, kejohanan sebegini boleh dijadikan medan buat bakat-bakat tempatan mempamerkan kemahiran dan mencungkil bakat ke peringkat lebih tinggi.

Johan bagi Piala Klanying Buyo 2.0 2023 akan membawa pulang piala pusingan dan piala iringan, medal serta wang tunai RM3,000 manakala naib johan pula akan menerima piala, medal serta wang tunai RM2,000.

Sementara tempat ketiga turut membawa pulang piala, medal dan wang tunai RM1,000 manakala tempat keempat akan menerima medal dan wang tunai RM500.

Selain itu, penjaring terbanyak kejohanan turut menerima piala manakala pemain terbaik juga akan membawa pulang piala.

Lapan pasukan yang sudah pun layak dan akan berentap ke suku akhir adalah SY FC, Spark FT, Bako Utd, HFS, Semabang Unity, JS FC, Siburan Utd, Bujang Pogan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan