Search
Close this search box.
Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama warga petronas pada Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei Projek Pembekalan LPG tidak bersubsidi ke negara Brunei. Foto: KPDN.

El Nino: Belum ada keputusan rasmi kerajaan tentang harga beras – Salahuddin

SEPANGGAR, 23 Jun: Belum ada keputusan rasmi daripada kerajaan berhubung kenaikkan harga beras secara mendadak kesan cuaca panas El Nino.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya bersedia menghadapi sebarang kesan akibat fenomena cuaca panas itu termasuk kenaikan harga beras.

Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika ditemui pemberita Depo Petronas Dagangan Berhad, Sepanggar. Foto: KPDN.

Beliau berkata maklumat rasmi masih belum diterima daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung desas desus kenaikan harga barangan itu.

“Kementerian saya dan KPKM akan bertukar nota hari ini dengan secepat mungkin mengenai perkara ini, kemudian kita keluarkan satu kenyataan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei di Depo Petronas Dagangan Berhad, Sepanggar di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin Ameer Ali Mydin mendakwa akan terdapat kenaikan harga beras antara RM1 dan RM2 sekampit bagi beberapa jenis beras, termasuk beras putih import pada bulan depan.

Ameer Ali juga mengaitkan lonjakan harga beras putih tempatan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat gelombang panas baru-baru ini yang menjejaskan penuaian musim lepas, namun menurutnya bekalan dijangka stabil menjelang September.

Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei itu menyaksikan pembekalan 150 tan metrik gas petroleum cecair (LPG) tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei bermula 16 Jun lalu sehingga 1 Julai ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan