Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safari Rakit Baleh-Kapit yang diadakan pada Julai ini menjanjikan pelbagai acara menarik. Foto fail: The Official Portal of Sarawak Government.

4,000 pengunjung dijangka meriahkan Safari Rakit Baleh-Kapit Julai ini

ByYazid Ibrahim

KAPIT, 23 Jun: Safari Rakit Baleh-Kapit yang akan diadakan pada 13 sehingga 15 Julai depan merupakan platform terbaik untuk mempromosikan ekopelancongan di bahagian ini.

Residen Bahagian Kapit, Galong Luang berkata, tahun ini merupakan edisi ke-26 diadakan yang dianjurkan sejak 1996 dulu lagi.

Residen Bahagian Kapit, Galong Luan ketika ditemubual pemberita di ruang pameran TVS di Kapit Town Square. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Katanya, tahun ini Song merupakan tuan rumah bagi program tersebut.

Pelbagai pengisian aktiviti bakal diadakan bagi memeriahkan lagi program tersebut termasuk pertandingan bot laju yang sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai sekitar Kapit bahkan dari luar negara.

“Antara aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan rakit menggunakan buluh sejauh 35 kilometer, pertandingan perahu kayuh dan pertandingan menangkap itik.

“Kita juga adakan pameran jualan, aktiviti gotong royong di rumah panjang, majlis bersama pemimpin dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan raptai penuh di Kapit Town Square sempena Konvoi Hari Kemerdekaan 60 Tahun Sarawak di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kelainan untuk tahun ini berbanding tahun sebelum ini, pihak penganjur adakan pertandingan menjala ikan beramai-ramai.

“Kami akan hadkan masa selama satu jam untuk menjala ikan, bagi yang paling banyak ikan diperolehi dikira pemenang.

“Selain itu, untuk golongan wanita tidak dilupakan yang mana pertandingan mencari siput sedut secara berkumpulan antara aktiviti kelainan tahun ini.

“Bagaimanapun, sasaran pengunjung pada tahun ini dijangka sebanyak 3,000 sehingga 4,000 orang pengunjung di luar kawasan Kapit,” ujarnya.

Galong turut mengambil peluang menjemput penggemar sukan air di seluruh Sarawak dan Malaysia untuk hadir memeriahkan Baleh-Kapit Raft Safari.

Untuk rekod, Baleh-Kapit Raft Safari merupakan acara rasmi di Sarawak yang disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan