Search
Close this search box.
Mangsa warga China ditemui di celahan batu, 200 meter dari lokasi kejadian. Foto: Bomba

13 filem Perancis ditayangkan sempena LeFF di Kuching

KUCHING, 21 Jun: Penduduk bandar raya ini berpeluang untuk menonton 13 buah filem Perancis pelbagai genre yang sedang ditayangkan sempena Festival Le French (LeFF) di Sarawak.

LeFF yang dianjurkan oleh The Alliances Françaises de Malaisie bermula pada 25 Mei lepas di Kuala Lumpur dan diteruskan di Pulau Pinang serta Johor sebelum menutup tirai di Sarawak.

Pengarah Alliance Francaise Kuala Lumpur Violaine Dupic berkata, kesemua filem yang ditayangkan mempunyai reputasi tersendiri kerana pernah dicalonkan serta mendapat anugerah dalam pelbagai festival berprestij di negara itu pada 2022 dan 2023.

“Filem – filem yang ditayangkan pada LeFF juga pernah ditayangkan di acara Cesar dan Festival Filem Cannes,” katanya.

Violaine berkata demikian dalam ucapannya sebelum penayangan filem pertama LeFF, The Three Musketeers yang diadaptasi dari karya Alexandre Dumas di pawagam Golden Screen Cinema (GSS) City One Megamall Kuching semalam.

Rizal Zulkapli (kiri) diberi penerangan mengenai 13 filem yang ditayangkan sempena LeFF oleh Violaine Dupic (kanan). Foto: TVS.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG) Rizal Zulkapli dan Pengurus Festival Filem GSC, Tan Gaik Lian.

Lebih 20 pelajar program Sinematografi dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut hadir menyaksikan tayangan berkenaan.

Sementara itu, Violaine berkata, festival itu juga bertujuan untuk berkongsi keunikan bahasa Perancis dengan rakyat Malaysia.

“The Alliance Francaise di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menawarkan kelas Bahasa Perancis kepada golongan dewasa dan kami berbangga dengan kebudayaan Perancis dan ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia menerusi penganjuran festival filem ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan