Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Foto fail: Bernama.

Pertukaran budaya medium penting perkukuh hubungan Malaysia, Indonesia – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Pertukaran budaya medium penting bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pertukaran budaya mampu menjadi jambatan antara identiti bangsa kedua-dua negara serumpun itu meskipun budaya semakin ditenggelami oleh kehidupan moden masyarakat kini.

“Bila kita hidup di kawasan bandar, begitu mudah kita terpisah dengan identiti kita. Terbawa-bawa dengan budaya dunia moden sehingga kita lupa budaya adat resam.

“Usaha Universiti Malaya (UM) dan Universitas Negeri Padang untuk merealisasikan program ini mesti kita puji. Ini menjadi jambatan dalam perjuangan jati diri bangsa dan mempromosikan budaya sebagai medium memperkuat hubungan antara dua negara kita,” katanya ketika merasmikan Program Hubungan Budaya Malaysia-Indonesia 2023 di Panggung Eksperimen UM malam tadi.

Program anjuran Fakulti Seni Kreatif UM dan Universitas Negeri Padang, Indonesia dengan kerjasama Persatuan Warga Tigo Luhah Tanjung Tanah Malaysia itu bertujuan mendedahkan kepada umum warisan budaya masyarakat Malaysia dan diaspora Indonesia, khususnya suku Kerinci.

Fahmi turut merasmikan Persatuan dan Kumpulan Kesenian Diaspora Kampung Kerinchi sebagai perlambangan asimilasi budaya yang diwarisi oleh masyarakat diaspora hasil hubungan budaya rakyat kedua-dua negara jiran itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan