Search
Close this search box.
Untuk rekod Jalil Ramli pernah berkhidmat bersama Sarawak FA ketika Arwah Datuk Kapten Gulzar Mohamad menyandang jawatan Naib Presiden FAS pada tahun 2005/2006.

Arwah Kapten Gulzar insan yang sangat baik – Jalil Ramli

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 21 Jun: Pemergian bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Gulzar Mohamad Noor Mohamed disifatkan sebagai kehilangan besar kepada arena bola sepak tempatan.

Lagenda bola sepak Sarawak, Abdul Jalil Ramli berkata, Allahyarham Gulzar Mohamad dikenali sebagai seorang majikan yang sangat baik dengan pekerjanya.

“Dalam konteks bola sepak, arwah banyak menyumbang kepada pembangunan bola sepak Sarawak dan negara.

“Sebagai salah seorang yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinannya, saya mengenang Kapten Gulzar sebagai seorang majikan yang sentiasa bersikap rendah diri dan rapat dengan semua lapisan pekerjanya,” katanya kepada TVS.

Gulzar Mohamad yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Inai Kiara itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Nurussaadah, Kampung Cheras Baru dan akan dikebumikan selepas solat Asar.

Abdul Jalil berkata, berita itu bukan sahaja kehilangan kepada dunia bola sepak malah juga dalam industri penggerudian laut dan penambakan.

“Arwah merupakan orang Melayu pertama di Malaysia yang mempunyai sebuah syarikat yang besar dengan mempelopori kerja-kerja gali laut dan pantai,” kata Jalil lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan