Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat rumah panjang 43 pintu Rumah Labang anak Jawa di Sungai Tulai semalam.

RM131 juta bina semula 2,041 rumah terbakar di Sarawak

ByDayu Adruce

BINTANGOR, 20 Jun: Kerajaan Sarawak menerima permohonan bernilai RM131 juta untuk membina semula sebanyak 2,041 unit rumah panjang dan rumah individu yang musnah dalam kebakaran setakat ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan disediakan untuk tujuan tersebut dengan sebanyak 131 projek terdiri daripada 675 unit rumah telah berjaya dilaksanakan.   

“Sejak 2020, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) telah menerima sebanyak permohonan 436 untuk membantu membina semula rumah panjang dan rumah individu yang musnah dalam kebakaran. 

“Kemudian kami mempunyai 204 lagi permohonan baharu yang terdiri daripada 683 unit dengan kos RM41.5 juta,” katanya.

Uggah berkata demikian selepas melawat rumah panjang 43 pintu Rumah Labang anak Jawa di Sungai Tulai yang baru dibina semula selepas hangus dalam kebakaran pada Julai 2017.   

Pengerusi SDMC  itu berkata, ini termasuk rumah panjang Rumah Paun Balin, Rumah Labang Jawa dan Rumah Jelum Mandaw serta empat rumah individu. 

“Empat lagi projek untuk 43 unit dianggarkan menelan belanja RM3 juta sedang dilaksanakan yang terdiri daripada rumah panjang Rumah Andrew Lawai, Rumah Sally Maling dan Rumah Chat dan sebuah rumah individu,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu SDMC juga telah menerima empat lagi permohonan untuk pembinaan 42 unit rumah bernilai kira-kira RM2 juta. 

“Kerajaan Sarawak akan terus menjaga kebajikan rakyat sama ada mereka tinggal di bandar atau luar bandar,” ujarnya.  -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan