Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kewangan Malaysia. Foto: Facebook MOF.

Kerajaan setuju beri kelonggaran dalam urusan perolehan pelaksanaan projek prasarana rakyat

ByDayu Adruce

KUCHING, 20 Jun: Kerajaan Madani bersetuju untuk memberi kelonggaran dalam urusan perolehan kerja bagi semua projek kecil penyelenggaraan dan pembaikan Kerajaan Persekutuan.

Ia selaras dengan pembentangan Belanjawan 2023 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.

Menerusi pembentangan tersebut, kerajaan telah menekankan usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan projek prasarana rakyat terutamanya projek sekolah dan klinik daif.

“Kerajaan Perpaduan akan terus mempertegak dan berpegang pada prinsip tatakelola baik dalam pentadbiran.

“Pada masa yang sama, kerajaan akan terus memastikan perolehan kerajaan khususnya melibatkan projek-projek cakna rakyat seperti pembaikan dan penyelenggaraan sekolah daif, klinik daif, jalan-jalan berlubang akan dilaksanakan pada kadar segera,” ujarnya.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Mesyuarat Jemaah Menteri yang terkini telah memutuskan supaya projek-projek berskala kecil di seluruh negara dipercepatkan berkuatkuasa serta-merta sehinga 31 Disember 2023.

Kerajaan telah bersetuju memberikan kelonggaran dalam urusan perolehan kerja di bawah Arahan Perbendaharaan (AP)182 meliputi perkara-perkara yang berkaitan.

Kelonggaran melibatkan kaedah pelaksanaan projek, kaedah perolehan dan kemudahan pembiayaan kepada kontraktor.

Bagi kelonggaran kaedah pelaksanaan projek pengecualian diberikan ke atas AP182 kepada semua kementerian atau agensi pelaksana sehingga di peringkat negeri dan daerah dengan had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil.

“Ini bermakna semua projek Kerajaan Persekutuan yang merangkumi penyelenggaraan dan pembaikan yang bernilai RM1 juta boleh dilaksanakan terus oleh kementerian dan agensi berkenaan termasuk di peringkat negeri atau daerah tanpa perlu melalui Jabatan Teknik termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Pengesahan kerja siap boleh dibuat oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diturunkan kuasa di peringkat agensi pelaksana negeri dan daerah dengan mematuhi kesempurnaan kerja mengikut tadbir urus baik.

“Mewujudkan satu pasukan pemantau projek sama ada di peringkat negeri atau daerah dengan penglibatan beberapa agensi, pegawai dari pelbagai jabatan bagi membantu memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil memenuhi objektif yang ditetapkan,” katanya.

Bagi kaedah perolehan pula, kerajaan bersetuju meberi kelonggaran bagi semua projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dilaksanakan oleh semua kementerian atau agensi pengguna sehingga ke peringkat negeri dan daerah.

Had nilai sebut harga perolehan kerja ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta dan had perolehan secara cabut undi ditingkatkan daripada RM100,000 kepada RM200,000.

Bagi meningkatkan penglibatan kontraktor kecil dari pelbagai kelas untuk sama-sama terlibat dalam melaksanakan projek berskala kecil, kerajaan juga memperkenalkan kemudahan pembiayaan secara ‘financial close’.

Ia adalah bagi memastikan kontraktor tiada masalah aliran tunai dan kerja disiapkan mengikut jadual

Butiran lanjut berkaitan program berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Pertanyaan lanjut berkenaan AP182 boleh dipanjangkan kepada dasar.bpk@mof.gov.my atau hubungi talian 03-8882 3232/4476/3225. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan