Search
Close this search box.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed (kanan) dan Timbalan Pengerusi TEGAS, Datuk Dr Jerip Susil bercakap kepada pemberita selepas hadir TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Batch 5 di sini, hari ini. Foto TVS.

TEGAS giat usaha dedahkan pelajar dengan STEM dan keusahawanan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Jun: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) mahu terus memperkasa pelajar sekolah di sini dalam bidang keusahawanan dan teknologi.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Jerip Susil berkata, hasrat berkenaan dapat dilihat menerusi penganjuran TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp (T-PAB) yang yang memasuki edisi kelima penganjurannya tahun ini.

Sebelum ini katanya, TEGAS telah melaksanakan program berkaitan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang mendedahkan pelajar dengan peranan agensi itu memperkasa bakat bidang berkenaan.

“T-PAB ini memberi peluang terbaik kepada usahawan muda untuk membuktikan kebolehpasaran idea inovatif mereka sebelum di bawa ke pasaran.

“Saya berpuas hati terhadap kualiti pembentangan oleh sepuluh peserta TPAB yang telah dinilai oleh profesional untuk dipilih sebagai pemenang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program itu di sini hari ini.

Sementara itu Jerip memberitahu TEGAS akan terus memainkan peranan dengan aktif untuk memacu bakat STEM di Sarawak.

“(Sebelum ini) kami (TEGAS) memulakannya dengan perkara kecil seperti robotik, jadi kami bergerak ke peringkat seterusnya (menerusi perlaksanaan aktiviti) bagi membolehkan peserta memahami tentang keseluruhan idea inovasi digital,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed berkata, beliau melihat bakat di Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk berjaya dalam bidang teknologi dan keusahawan walaupun berdepan saingan sengit.

“Saya sangat teruja kerana ini merupakan penggerak kepada ekosistem teknologi Malaysia pada masa depan negara.

“Jadi dengan banyak usaha yang dilakukan di sini, ianya merupakan langkah yang wajar,” katanya.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama WatchTower & Friends yang merupakan sebuah organisasi pemacu teknologi terkenal dan MYStartup, sebuah projek nasional yang terajui oleh Cradle Fund Sdn Bhd di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan