Search
Close this search box.
Kepulan asap di selatan Khartoum pada 12 Jun 2023 apabila tembakan diteruskan selepas tamatnya gencatan senjata 24 jam di Sudan. Foto: AFP.

Sudan isytihar genjatan senjata selama 72 jam 

ByAFP

KHARTOUM, 18 Jun: Gencatan senjata baharu selama 72 jam diisytiharkan di Sudan, berkuat kuasa hari ini.

Ia menerusi persetujuan antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi, kedua-dua pihak turut bersetuju membenarkan kebebasan bergerak dan penyampaian bantuan kemanusiaan di seluruh Sudan.

“Kerajaan Arab Saudi dan Amerika Syarikat mengumumkan persetujuan wakil SAF dan RSF mengenai gencatan senjata di seluruh Sudan untuk tempoh 72 jam.

“Kedua-dua pihak bersetuju bahawa semasa tempoh gencatan senjata mereka akan menahan diri daripada pergerakan dan serangan, penggunaan pesawat perang atau dron.

“Ini termasuk pengeboman artileri, pengukuhan kedudukan, bekalan semula pasukan atau menahan diri daripada cuba mencapai keuntungan ketenteraan.

“Mereka juga bersetuju untuk membenarkan kebebasan bergerak dan penyampaian bantuan kemanusiaan di seluruh Sudan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu serangan udara yang berlaku di Khartoum pada Sabtu mengorbankan 17 orang awam, termasuk lima kanak-kanak.

Pasukan perubatan di Chad pula melaporkan ratusan yang cedera dari Darfur mendapatkan rawatan. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan