Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Foto: UKAS

‘Segulai, Sejalai’ lambang solidariti penjawat awam negeri dan persekutuan – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 18 Jun: Segulai Sejalai, frasa bahasa Iban di Sarawak yang digunakan sebagai cogan kata perpaduan di Malaysia juga sesuai untuk menggambarkan solidariti penjawat awam di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak amat unik kerana memiliki penjawat awam pelbagai latar yang komited dan rajin bekerja.

“Penjawat awam sama ada di Sarawak mahupun persekutuan memainkan peranan penting dalam menerajui sistem penyampaian kerajaan dengan lebih profesional dan efisyen demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Yang turut hadir isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki.

Majlis itu menyaksikan seramai 31 penjawat awam di peringkat negeri dan persekutuan yang bertukar dan bersara diraikan.

Sementara itu, Abang Johari memberitahu, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan dua unit khas baharu bagi memperkasa pendigitalan dalam sektor awam di negeri ini.

“Di bawah Jabatan Premier Sarawak sendiri, kita mewujudkan dua unit baharu iaitu Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak dan Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak agar selari dengan keperluan Kerajaan Sarawak dalam memperkenalkan pendigitalan dalam sektor awam Sarawak.

“Kita bertanggungjawab melaksanakan dasar dan amanah untuk terus membawa kesejahteraan, perubahan yang positif serta inovasi dalam pelbagai lapangan dan bidang, sejajar dengan arus perubahan dunia bagi menjamin masa depan Sarawak yang kita sayangi,” kata beliau.

Pada masa sama, Abang Johari turut menggesa agar semua anggota Perkhidmatan Awam Sarawak terus cakna akan perkembangan teknologi dan mengikuti perubahan trend dunia yang berubah setiap tahun agar dapat terus memberikan mutu perkhidmatan di tahap yang terbaik merentasi masa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan