Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak (M-Ficord), Martin Ben merakamkan gambar kenangan pada Majlis Perasmian ‘Cattle Auction Day’ di Siburan semalam. Foto: TVS.

Sarawak kekurangan pekerja dalam bidang industri ternakan

SIBURAN, 18 Jun: Kekurangan tenaga pekerja dalam bidang industri ternakan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan industri tersebut kurang maju di Sarawak, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak (M-Ficord), Martin Ben.

Menurutnya, industri ternakan di Sarawak mempunyai banyak kekurangan dengan hanya 100 orang profesional veterinar pada masa sekarang.

“Kita sudah pergi ke negara India dan Indonesia untuk melihat kemudahan yang mereka boleh tawarkan kepada kita seperti tenaga kerja profesional.

“Kita mungkin akan membawa tenaga kerja dari India dan Indonesia bagi menambah bilangan veterinar di Sarawak. Kita juga akan menghantar pelajar kita dari Sarawak ke institut pertanian ke negara India atau Indonesia,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian ‘Cattle Auction Day’ di Siburan Halal Abbatoir Complex pada Sabtu.

Program itu anjuran PPES Ternakan Sdn Bhd bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

Katanya, di Malaysia hanya beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan bidang industri ternakan, selebihnya akan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“IPTA seperti UPM dan UMK sahaja mengambil 200 orang pelajar veterinar. Di Jabatan Veterinar, dalam 95 peratus pelajar veterinar ke sektor swasta. Jadi, pihak kementerian ingin bekerjasama dengan institusi antarabangsa. Kita juga mengalu-alukan kolaborasi dengan PPES Ternakan Sdn Bhd dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar agar kita dapat berkongsi pengalaman dalam sektor pertanian atau penternakan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah menubuhkan satu daripada tiga pusat untuk ternakan di Serian.

“Pihak SALCRA sudah menubuhkan satu daripada tiga pusat untuk ternakan di Serian. Kita berharap boleh membawa lebih ramai petani untuk terlibat bagi menambahkan bilangan sapi di Sarawak ini,” katanya.

‘Cattle Auction Day’ merupakan program sulung yang dianjurkan oleh PPES Ternakan Sdn Bhd bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

‘Auction Sale’ lembu pedaging baka Brahman kacukan, Angus, Limousin dan Simmental yang import dari Australia yang berkualiti tinggi antara lembu yang dijual dalam kategori saiz badan yang besar dalam lingkungan 500 kilogram (kg) hingga 650 kg berat badan hidup dengan harga yang menarik.

Ini merupakan aktiviti pemasaran dan juga promosi dalam rangkaian pengeluaran dan pemasaran lembu pedaging di Sarawak.

Turut hadir sama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS), Dr Adrian Susin Ambud. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan