Search
Close this search box.
Annuar ketika ditemui pemeberita pada Majlis Menyambut Ketibaan Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka di lokasi terakhir untuk hari ini di Dewan MUC Kampung Nangka. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Rakyat miliki rumah selesa jadi fokus pembangunan di DUN Nangka – Dr. Annuar

ByFebbright James

SIBU, 18 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Datuk Dr. Annuar Rapaee memaklumkan fokus pembangunan di kawasannya ialah untuk memastikan penduduk memiliki kediaman yang selesa dan teratur.

Kata Dr. Annuar, pelbagai projek perumahan sedang rancak dilaksanakan di situ malah ada yang telah berjaya disiapkan.

Katanya, di Kampung Datu, sebanyak 103 buah rumah sudah siap dan berkemungkinan penduduk yang sepatutnya mendapat rumah akan mula berpindah sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.

“Yang kedua untuk projek perumahan di Kemuyang, saya sedang mengkaji keadaan penduduk yang tinggal di Kampung Datu dan Kampung Hilir yang terdedah kepada bahaya kerana mereka tinggal di tepi sungai.

“Ketika ini Jabatan Tanah dan Survei sedang mengenal pasti mereka yang perlu diberi keutamaan untuk berpindah atau membeli rumah di rumah di kawasan Kemuyang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyambut ketibaan Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan MUC Kampung Nangka di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak memaklumkan, Kerajaan Sarawak menerusi pelbagai agensi juga berusaha untuk memantapkan ekonomi penduduk khususnya usahawan kecil yang berniaga makanan.

“Saya akan cuba menaik taraf Bandong Walk agar peniaga lebih selesa dan seterusnya mampu menarik lebih ramai pengunjung,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan