Search
Close this search box.
Sebahagian alga yang sedang diproses bagi pengeluaran bahan api mampan (SAF) di Taman Perindustrian Demak, Kuching. Foto: Luqman Muhammad (TVS)

Naroden cadang jadikan Gedong sebagai tapak semaian alga

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 17 Jun: Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais mengusulkan cadangan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menjadikan Daerah Gedong sebagai salah satu tapak semaian alga.

Naoden yang juga Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) berkata, cadangan itu mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).

Alga bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak, hasilkan tiga bahan api berbeza

“Kalau alga boleh ditanam di Bintulu dan Kuching kenapa tidak ditanam di kawasan zon Gedong.

“Jadi kita minta Premier Sarawak untuk membawa alga supaya ditanam di kawasan Gedong pada masa akan datang sekali gus memberi manfaat kepada generasi baharu kita terlibat dalam penanaman alga, sebelum dibekalkan di Bintulu,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Gawai 2023 Daerah Gedong di sini, malam ini.

Pada Khamis Abang Johari memaklumkan penanaman alga akan membawa limpahan berganda kepada ekonomi Sarawak.

Menurut Abang Johari, ini kerana pengeluaran alga bukan sahaja mampu menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF) malah boleh diperluaskan kepada diesel dan gasolin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan