Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Isu kekurangan guru di Sarawak perlu ditangani segera – Dr. Annuar

ByFebbright James

SIBU, 18 Jun: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan di Putrajaya untuk mengkaji semula kaedah pengambilan guru, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee.

Kata beliau, kaedah baharu harus dikaji bagi memastikan perlantikan guru dapat dilakukan segera supaya isu kekurangan guru di Sarawak tidak berlanjutan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, masalah berkenaan akan terus berlanjutan memandangkan terdapat guru yang bersara wajib dan memilih bersara awal.

“Oleh itu, kajian secara holistik perlu dijalankan kerana pertambahan guru tidak hanya berdasarkan satu faktor sahaja tetapi juga perlu dilihat pertambahan penduduk dan sekolah serta jangkaan bilangan guru yang akan bersara dan berhenti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyambut ketibaan Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan MUC Kampung Nangka di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, setakat 30 April 2023, jumlah kekosongan penjawatan guru di Sarawak adalah sebanyak 3,061.

Sementara itu, Dr. Annuar berkata, isu kekurangan guru juga perlu diteliti berdasarkan subjek.

“Misalnya, jika terdapat seorang pelajar beragama Islam di sebuah sekolah, maka perlu ada guru yang mengajar pendidikan Islam.

“Pada dasarnya, ini juga boleh menjadi faktor kekurangan guru. Begitu juga dengan subjek lain. Kesemua faktor ini perlu dikaji supaya kita dapat menangani isu kekurangan guru di Sarawak,” katanya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan