Search
Close this search box.
Armizan (berbaju putih) ketika sidang media selepas Majlis Taklimat Kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Tawau hari ini. Foto: TVS

Cadangan pembentukan Blok Borneo perlu butiran terperinci

TAWAU, 18 Jun: Cadangan pembentukan Blok Borneo membabitkan Kerajaan Sabah dan Sarawak memerlukan butiran terperinci sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ketika ini hubungan Sabah dan Sarawak dalam keadaan baik malah saling bekerjasama dalam pelbagai aspek.

Menurutnya, Kerajaan Sabah dan Sarawak juga berada di landasan tepat untuk membangunkan negeri masing-masing agar seiring dengan hasrat Kerajaan Persekutuan.

“Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) walaupun mempunyai tuntutan masing-masing namun setakat ini berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Kerajaan Perpaduan pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata ketika sidang media selepas Majlis Taklimat Kepimpinan GRS di sini hari ini.

Baru-baru ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pemerkasaan Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS) mencadangkan pembentukan Blok Borneo bagi memperjuangkan secara bersama isu infrastuktur yang tidak memuaskan di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Armizan yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS berkata, penyelesaian interim berkaitan kadar pemberian khas kepada Sabah oleh Kerajaan Persekutuan tidak akan menghentikan perjuangan asal mereka untuk mendapatkan 40 peratus hasil yang dikutip setiap tahun.

Mengenai isu tuntutan Sulu pula, beliau berkata, kerajaan sentiasa konsisten mempertahan kedaulatan Sabah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan