Search
Close this search box.
Lukanisman Awang Sauni semasa melawat salah satu gerai pameran. Foto: TVS

21 kampung di Sarawak dikenal pasti untuk Program Kampung Angkat Pergigian KKM

BEKENU, 18 Jun: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 21 buah kampung di Sarawak untuk terlibat dalam Program Kampung Angkat Pergigian.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu selaras dengan hasrat kementerian untuk memperluaskan inisiatif terbaharu itu ke seluruh negara selepas melancarkannya di Negeri Sembilan.

Kata beliau menerusinya kerajaan berhasrat untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan pergigian yang dikembangkan ke seluruh negara.

“Di Sarawak, Rumah Richard Pie merupakan salah satu rumah panjang yang dikenal pasti di Bahagian Miri untuk dilaksanakan program ini.

“Istilah kampung yang digunakan (untuk inisiatif ini) ialah kerana merujuk penempatan masyarakat di kampung dan bandar yang terdiri daripada golongan B40, golongan terpinggir dan golongan miskin bandar,” katanya.

Lukanisman Awang Sauni semasa menandatangani plak perasmian Program Kampung Angkat Pergigian Richard Pie. Foto: TVS

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Program Kampung Angkat Pergigian di Rumah Richard Pie hari ini.

Program itu melibatkan aktiviti lawatan ke rumah meliputi penyampaian pendidikan kesihatan pergigian dan pemeriksaan pergigian termasuk saringan kanser mulut.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, penduduk yang memerlukan rawatan ringkas akan terus diberi perkhidmatan menerusi klinik pergigian bergerak manakala bagi yang memerlukan rawatan yang lebih rumit akan dirujuk ke klinik pergigian.

“Tiada caj rawatan dikenakan untuk pemeriksaan dan rawatan pergigian menerusi program ini,” katanya.

Sempena pelancaran perkhidmatan itu, Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti turut menyerahkan geran RM10,000 untuk keperluan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Richard Pie menjalankan aktiviti mereka.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan