Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Sambutan Hari Gawai 2023 Daerah Gedong malam ini. Foto: TVS

Jaga keharmonian, perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 17 JUN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta agar rakyat di negeri ini terus menjaga keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum yang sudah sekian lama terjalin.

Menurut Abang Johari, ia menjadi tunjang kepada kestabilan ekonomi Sarawak menjelang 2030.

“Apa yang paling penting adalah perpaduan di kalangan kita. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa Sarawak adalah negeri perpaduan dalam Malaysia,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Gawai 2023 Daerah Gedong di sini, malam ini.

Dalam pada itu Abang Johari juga memberi jaminan akan memastikan limpahan pembangunan akan dibawa ke kawasan Gedong termasuk di kawasan pedalaman yang lain.

“Menerusi pembelanjaan bajet sebanyak 70 peratus kita gunakan untuk pembangunan dengan menyediakan infrastruktur yang lebih baik kepada rakyat di luar bandar,” tambah Abang Johari lagi.

Pada majlis tersebut Abang Johari turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Kumang Gawai sempena sambutan Hari Gawai pada 2023.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Ir. Aidel Lariwoo, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan wakil khas Premier Sarawak di Gedong, Datuk Naroden Majais. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan