Search
Close this search box.
Persuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri ketika sidang media selepas menghadiri taklimat operasi mengesan dua tahanan yang melarikan diri dari Balai Polis Tapah di sini hari ini. Foto: TVS

Tahanan lolos ditahan berhampiran kolam memancing di Siburan

SIBURAN, 15 Jun: Seorang daripada dua tahanan yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah, di sini pada Isnin lalu berjaya ditahan oleh polis pukul 9 pagi tadi.

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, suspek yang berusia 21 tahun itu ditahan berhampiran sebuah kolam memancing yang terletak kira-kira satu kilometer (km) dari balai polis berkenaan.

Baca artikel berkaitan >>> Polis buru dua warga Indonesia lari dari lokap Balai Polis Tapah

Katanya, ketika ditahan, suspek dalam keadaan keletihan selepas tiga hari melarikan diri.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan calar di badan dan kakinya kerana dia dipercayai bermalam di kawasan belukar berhampiran kolam pancing itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat operasi hari keempat Op Tutup di sini hari ini.

Sebelum ini, kedua – dua suspek yang merupakan warganegara Indonesia disedari melarikan diri kira – kira pukul 1 petang dari lokap balai polis berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Azman memaklumkan, polis kini menggiatkan usaha untuk mengesan seoarang lagi suspek berusia 31 tahun yang masih bebas.

Katanya, selepas melarikan diri, kedua – dua suspek telah ‘berpisah’ bagi mengelakkan dikesan oleh polis.

“Polis percaya suspek masih berada dalam radius kawasan pencarian kita,” katanya.

Mohd. Azman berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan