Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: TVS

Sarawak bakal ambil alih MASwings jadi syarikat penerbangan butik – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan bersetuju secara prinsip mengambil alih MASwings untuk dijenamakan semula sebagai syarikat penerbangan butik milik kerajaan negeri.

Memaklumkan mengenai perkembangan mengenai penubuhan syarikat penerbangan butik beliau berkata, ia merupakan cadangan daripada Kerajaan Persekutuan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Kerajaan setuju Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri – Anwar
  2. 2. Bukan mahu bersaing, Sarawak hanya mahu stabilkan harga tiket penerbangan – Abang Johari

 

“Ini merupakan perkembangan terbaharu dalam penubuhan syarikat penerbangan butik milik Sarawak.

“Kita telah bersetuju secara prinsipnya dan kini sedang melakukan usaha-usaha yang wajar,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat berkaitan kerajaan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd dan kontraktor pengatur petroleum di sini, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak kini sedang dalam proses rundingan dan melihat kepada keperluan untuk mengembangkan laluan penerbangan sedia ada untuk merangkumi laluan serantau.

“Perkara utama adalah untuk kita mengimbangi harga tiket penerbangan dalam Malaysia.

“Aspek kedua yang perlu diteliti adalah untuk mempunyai laluan penerbangan di luar Borneo untuk merangkumi laluan ke Kuala Lumpur dan juga Singapura,” katanya.

Mengenai nama syarikat penerbangan itu, beliau berkata ia merupakan perkara yang boleh ditentukan kemudian.

MASwings merupakan anak syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi mengendalikan perkhidmatan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, Abang Johari juga memberitahu bahawa penerbangan butik itu akan menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).

“Sarawak kini berada hadapan dalam penghasilan bahan api berasakan alga dan berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran SAF.

“Kalau kita dapat mengeluarkan 10,000 tong bahan api sehari dalam 1,000 ekar ladang alga, bayangkan kalau kita tingkatkan pnegeluaran kepada 10,000 ekar ladang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan