Search
Close this search box.
Penyanyi tempatan, Melissa Francis. Foto: Instagram Melissa Francis.

RWMF perkenal muzik dan budaya Sarawak ke mata dunia – Melissa Francis

ByAmirah Shawel

KUCHING, 15 Jun: Penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) dilihat membuka peluang kepada penghibur tempatan untuk memperkenalkan industri muzik Sarawak kepada pasaran antarabangsa.

Penyanyi tempatan, Melissa Francis berkata, RWMF juga boleh menjadi acara bersifat ‘serampang dua mata’ kerana turut menonjolkan budaya masyarakat pelbagai kaum di sini.

“Ini kerana lokasi penganjurannya di Kampung Budaya Sarawak yang dikenali sebagai tempat mempamerkan tradisi unik dimiliki negeri kita.

“Bagi saya, sambil berhibur mendengar lagu, pengunjung juga dapat mengenali budaya kita,” katanya ketika dihubungi TVS.

RWMF 2023 akan membuka tirai pada 23 Jun ini dengan menampilkan barisan artis tempatan seperti Zee Avi, Suk Binie, APU, Nadir, Steve Thornton Band, Sada Borneo, Tuku Kame, Nading Rhapsody, Geng Wak Long, Buloh Berkocak, Meruked dan Orang Orang Drum. 

Barisan pemuzik serta artis luar negara lain yang turut dijemput adalah ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ (Maldives), ‘Chatusram’ (India), ‘Rizal Hadi & Folk’ (Indonesia), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura.

Dapatkan tiket RWMF tahun ini di aplikasi Klook, yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023. 

Maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. 

Sementara itu, Melissa yang popular dengan lagu Pengidup Aku berkata, keunikan yang ditonjolkan menerusi karya lagu dan tarian Sarawak sememangnya menjadi tarikan bagi pengunjung luar negara.

“Mereka teruja untuk mempelajari budaya dan tradisi masyarakat lain terutamanya muzik kerana kurang mengetahui mengenai genre muzik tradisional kita,” katanya.

Berhubung peluang untuk persembahan pada RWMF, Melissa berkata, dia memahami bukan mudah untuk dipilih membuat persembahan pada acara antarabangsa itu.

“Penyanyi yang dipilih bermakna mereka mempunyai nama besar dalam industri muzik tanah air. Jadi saya berharap suatu hari nanti akan turut berpeluang untuk menyanyi di festival itu,” katanya.

Sebelum ini, Melissa berkesempatan untuk menjadi antara barisan penghibur bagi Jazz Music Festival 2012. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan