Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nik Nazmi Nik Ahmad. Foto: Jabatan Penerangan

MyNAP bakal guna Perubahan Iklim Rangka Kerja Sektor Air sebagai rujukan

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pelan Adaptasi Nasional Malaysia (MyNAP) akan menggunakan dokumen Perubahan Iklim Rangka Kerja Sektor Air sebagai dokumen rujukan dalam menangani impak bencana banjir.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata dokumen tersebut diterbitkan Institut Penyelidikan Air Kebangsan Malaysia (NAHRIM).

“Dokumen rangka kerja ini mengetengahkan strategi dan langkah adaptasi untuk tiga perkara utama iaitu sub sektor sumber air, penggunaan atau perkhidmatan air dan bencana berkaitan air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas yang meminta beliau menyatakan komitmen kerajaan dalam memastikan negara tidak mengalami impak buruk rentetan fenomena iklim global yang tidak menentu pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini

Selain itu, kerajaan juga sedang melaksanakan langkah-langkah adaptasi untuk bersedia menghadapi kesan iklim seperti kenaikan paras air laut dan perubahan iklim.

“Langkah-langkah ini termasuk membina tembok laut, menambah baik pengurusan air dan membangunkan sistem amaran awal untuk kejadian cuaca ekstrem,” tambahnya.

Antara lain, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan

Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) juga telah membangunkan Sistem Amaran Awal Bencana berkaitan cuaca dan tsunami.

Jelasnya, sistem berkenaan bertujuan untuk mengeluarkan amaran awal cuaca dan tsunami dengan lebih efektif dan cepat kepada orang awam dan agensi-agensi pengurusan bencana di seluruh negara.

“Operasi pemantauan yang dilaksanakan oleh MET Malaysia adalah 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun dan boleh dihubungi oleh orang awam pada setiap masa,” katanya lagi.

MET Malaysia juga turut mewujudkan sistem hebahan maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mesej amaran bagi menyalurkan amaran cuaca dan makluman gempa bumi serta amaran tsunami sejak 2005.

“Maklumat-maklumat bencana ini juga disalurkan ke semua media elektronik, cetak dan media sosial rasmi MET Malaysia untuk hebahan kepada orang awam,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan