Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto: Jabatan Penerangan

Mini estet bakal bantu angkat pendapatan pekebun kecil getah – Fadillah

BySheera Abg Mansor

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Kementerian Perladangan dan Komoditi bakal mewujudkan estet mini yang menggabungkan pekebun-pekebun kecil getah dengan syarikat-syarikat besar sebagai langkah untuk mengangkat semula pendapatan golongan ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, pekebun-pekebun kecil getah kini menghadapi masalah harga lantai getah yang tidak konsisten berbanding dengan kos yang perlu mereka tanggung disebabkan input pertanian yang semakin meningkat.

“Pekebun kecil ada yang mengusahakan sendiri ladang mereka, ada yang mengambil penoreh getah, maka ada perkongsian 50-50 dan perkongsian ini secara umumnya menyebabkan hasil dikongsi bersama dengan penoreh walhal kos itu sendiri ditanggung oleh pekebun kecil.

“Apabila adanya perkongsian, pekebun kecil akan mendapat pulangan tidak kurang daripada apa yang mereka dapatkan sekarang,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, beliau telah mengadakan lawatan ke Baling, Kedah baru-baru ini untuk bertemu pekebun-pekebun kecil getah di sana.

Menurutnya, rata-rata daripada mereka mengharapkan harga lantai getah dinaikkan daripada RM2.70 kepada RM3 di bawah Belanjawan 2023.

Sehubungan dengan itu Fadillah memaklumkan pihaknya akan mengadakan sesi dialog bersama pekebun-pekebun kecil, persatuan dan pihak industri.

“Diharap dengan pendekatan baru ini kita bukan sahaja melihat kepada getah kering tapi yang lebih penting kita nak hasilkan lateks sebab Malaysia sekarang ini mengimport sebanyak RM3 bilion lateks setahun.

“Kalau kita dapat hasilkan lateks dalam negara kita akan dapat menjimatkan pengeluaran keluar duit kita dan hasilkan untuk negara,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang menyatakan kerisauannya terhadap isu harga getah yang tidak konsisten menyebabkan isu ini menjadi faktor sektor ini semakin ditinggalkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan