Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

Lelaki maut ditembak dari jarak dekat di Bandar Sunway

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat di sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway, Subang Jaya, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 1.35 tengah hari itu, mangsa berusia 32 tahun maut terkena dua das tembakan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ketika pihaknya tiba di tempat kejadian, mangsa didapati terlantar dalam keadaan berlumuran darah dan dikejarkan ke hospital.

“Mangsa disahkan meninggal dunia apabila sampai di Hospital Serdang, ” katanya dalam kenyataan.

Wan Azlan berkata siasatan awal mendapati suspek yang terdiri daripada tiga lelaki memasuki premis berkenaan dan seorang daripada mereka telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mempunyai rekod jenayah samun dan curi.

“Pihak Forensik telah hadir ke tempat kejadian dan menjumpai dua kelongsong peluru, satu serpihan peluru, satu anak peluru dan sepasang selipar di tempat kejadian.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selain polis juga menyiasat jika terdapat sebarang penglibatan kongsi gelap dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Wan Azlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu agar menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat ASP Ahmad Faizal Shaikh Ab Rahim di talian 019-7506606. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan