Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan bersama pemain import baharu, Bruno Dybal dari Brazil pada majlis menandatangani pemain baharu itu semalam. Foto: Facebook Kuching City FC

The Cats lepaskan tiga import, sasar lebih mencakar pusingan kedua Liga Super

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 14 Jun: Skuad The Cats berazam untuk tampil lebih garang pada pusingan kedua Liga Super 2023 yang akan bersambung tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iswandi Ali Hassan berkata, beberapa rombakan telah dilakukan termasuk menggugurkan tiga pemain import yang membarisi skuad itu pada awal musim ini.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Kuching City FC ikat penyerang baharu
  2. 2. Apa kau lakukan wahai Kamara – Irfan Bakti

Kata beliau, kekosongan itu digantikan dengan awang import baharu termasuk yang ditandatangani semalam, Bruno Dybal dari Brazil.

“Kesemua pemain baharu dijangka akan memulakan sesi latihan bersama pasukan pada minggu hadapan.

“Untuk pemain baharu tempatan pula, ketika ini kelab sedang mengadakan rundingan termasuk akan menggunakan khidmat pemain pasukan lain secara pinjaman,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Semalam, Kuching City FC mengesahkan penyertaan Dybal ke skuad itu.

Ditanya tentang prestasi terumbang – ambing pasukan berkenaan, Iswandi berkata, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu sedang mengenal pasti kelemahan pasukan terutama di bahagian serangan.

“Harapan kami di pusingan kedua, kita mahu menempatkan pasukan di kedudukan sembilan teratas,” kata Iswandi lagi.

Kuching City FC kini berada di kedudukan ke-12 carta liga dengan pungutan enam mata selepas 13 perlawanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan