Search
Close this search box.
Alexander Nanta Linggi menyantuni Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak anjurannya malam tadi.

Teliti aspek keselamatan sebelum lepaskan projek bawah RM200 ribu, kata Nanta

BySalasiah Safian

KUCHING, 14 Jun: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan meneliti terlebih dahulu senarai projek di bawah RM200,000 sebelum ‘melepaskan’ kepada pihak berkaitan bagi perlaksanaan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi membabitkan teknikal, keselamatan dan sebagainya.

Kata beliau, ini juga termasuk prosedur yang bakal diguna pakai serta struktur perlaksanaan.

“KKR juga perlu melihat kepada aspek keselamatan kerana (sekiranya diberikan kepada pihak luar Jabatan Kerja Raya (JKR) mungkin kemampuan teknikal mereka tidak sama.

“Kalau projek kecil, kita akan senaraikan, jika JKR atau KKR sudah memastikannya (berpuas hati) memang kita akan lepaskanlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediamannya di sini hari ini.

Alexander Nanta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung projek infrastruktur kecil seperti baik pulih sekolah dan klinik daif di bawah seliaan JKR dipindahkan kepada jabatan lain atau pejabat daerah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum mempunyai senarai projek berkenaan, namun ia akan disediakan dan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Alexander Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, projek berkenaan berbeza dengan projek di bawah kos RM50 juta di Sabah Sarawak.

“RM50 juta itu untuk Sarawak dan Sabah yang dibincangkan menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ia sudah berjalan.

“Memang di Sarawak, apa saja projek daripada kementerian atau Menteri Kewangan, kita lepaskan pelaksanaannya kepada JKR Sarawak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan