Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan dalam tadika di Tanjung Manis yang terbabit dalam insiden amuk pada Selasa. Foto: TVS

Remaja mengamuk di tadika di bawah pengaruh dadah – Polis

KUCHING, 14 Jun: Seorang remaja yang disyaki terbabit dalam kejadian amuk di tadika di Tanjung Manis berada di bawah pengaruh dadah, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Lelaki mengamuk di tabika, guru cedera selamatkan sembilan kanak-kanak
  2. 2. Amukan di tabika Tanjung Manis, KKDW adakan sesi libat urus dalam waktu terdekat – Rubiah

 

Menurutnya, remaja berumur 17 tahun itu kini ditahan reman empat hari sehingga 18 Jun bagi membantu siasatan kes.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri. Foto: PDRM

“Daripada siasatan awal kita dapati kejadian berlaku, suspek dalam keadaan di bawah pengaruh dadah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat operasi mengesan dua tahanan yang melarikan diri dari Balai Polis Tapah dekat sini, hari ini.

Menurutnya, remaja terbabit memasuki premis tadika tersebut lalu melakukan khianat harta benda serta mengakibatkan kecederaan kepada orang awam.

Seorang guru tadika wanita tercedera akibat serangan itu ketika cuba menyelamatkan sembilan murid di tadika berkenaan daripada dicederakan remaja tersebut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda dan menyebabkan kecederaan secara sengaja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan