Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan perkarangan tabika yang berselerak selepas kejadian amok pada pagi Selasa. Foto: IPD Sarikei

Lelaki mengamuk di tabika, guru cedera selamatkan sembilan kanak-kanak

SARIKEI, 14 JUN: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mengamuk dan melakukan khianat harta benda di sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di Tanjung Manis, pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 8.20 pagi itu, seorang guru wanita tabika berkenaan terpaksa bergelut dengan suspek terbabit bagi menghalangnya yang cuba masuk ke dalam kelas sekali gus mengelak perkara yang tidak diingini berlaku terhadap sembilan orang kanak-kanak dibawah jagaannya.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, ketika kejadian, cubaan pertama suspek berusia 17 tahun itu memasuki ruangan kelas dari pintu hadapan gagal.

“Berdasarkan laporan pengadu, suspek yang tidak berbaju itu muncul di luar perkarangan tabika dalam keadaan mengamuk dan bertindak cuba memasuki ruangan kelas namun guru wanita berkenaan telah dibantu seorang pembantu murid untuk menahan pintu kelas.

“Suspek kemudian bertindak memecah tingkap dan pintu belakang tabika Kemas tersebut dan berjaya memasuki tabika hingga mencetus pergelutan antara guru wanita dengan suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, pengadu akhirnya berjaya membawa suspek keluar dari tabika namun mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki dan belakang badan akibat pergelutan.

Susulan itu, Awang Arfian berkata suspek sekali lagi cuba memasuki sebuah kelas tabika bersebelahan namun gagal selepas berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Awang Arfian menambah tindakan suspek telah menyebabkan pelbagai barangan milik tabika berkenaan rosak termasuk lima unit pasu bunga, empat keping cermin tingkap, satu unit pintu kayu dan papan pensel dengan anggaran keseluruhan kerugian berjumlah RM700.

Difahamkan, suspek yang berasal dari Belawai berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sarikei untuk perintah reman.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 kerana melakukan khianat harta benda dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan