Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak anjuran Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di sini malam ini.

Empangan Hidroelektrik Baleh dijangka beroperasi 2028 – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Jun: Empangan Hidroelektrik Baleh di pedalaman Kapit, dijangka boleh memulakan operasinya pada 2028, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, setakat ini, pembinaan projek berkenaan berjalan lancar.

Kata Abang Johari, projek itu hanya berdepan masalah akibat pandemik COVID-19 kerana mengalami masalah pekerja selepas itu.

“Namun kini keadaan sudah kembali seperti sedia kala. Empangan Baleh boleh siap pada 2026 (hingga) 2027.

“Buat masa sekarang saya belum dapat memberitahu peratusan projek tetapi yang pasti ia berjalan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di sini malam tadi.

Turut hadir dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, serta bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Sementara itu, menyentuh berkenaan projek Empangan Hidroelektrik di Trusan, Lawas pula, Abang Johari berkata, projek tersebut masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan.

“(Yang pasti) kita telah membuat keputusan untuk membangunkan empangan hidroelektrik di Trusan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan