Search
Close this search box.
Keadaan pekarangan di tabika Kemas di Tanjung Manis yang terbabit dalam kejadian amuk pada Selasa. Foto: TVS

Amukan di tabika Tanjung Manis, KKDW adakan sesi libat urus dalam waktu terdekat – Rubiah

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memandang berat insiden yang berlaku di sebuah tabika di Tanjung Manis, Mukah pada Selasa.

Baca artikel berkaitan >>> Lelaki mengamuk di tabika, guru cedera selamatkan sembilan kanak-kanak

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata satu sesi libat urus akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan soal mempertingkatkan aspek keselamatan di tabika berkenaan.

Datuk Rubiah Wang. Foto: Zaim Zarfan (TVS).

Menurutnya, sesi berkenaan akan melibatkan pengarah negeri, pemaju masyarakat dan pendidik.

“Saya sudah berbincang dengan Pengarah KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) Sarawak dan telah mencapai persetujuan, kita akan fokus kawasan Tanjung Manis dahulu dalam kadar segara hanya untuk pastikan keselamatan untuk tabika-tabika berkenaan.

“Libat urus kita akan diadakan dan kita (KKDW) akan lihat bagaimana tahap keselamatan tabika dapat dipelihara dan dijaga serta diambil penekanan oleh pemaju masyarakat dan jawatankuasa tabika berkenaan,” ujarnya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang menaik taraf kemudahan tabika-tabika di bawah kementeriannya bagi memastikan premis berkenaan lebih selesa untuk anak-anak terlibat.

Ia termasuk penekanan dari aspek keselamatan bagi memastikan bagunan taman bimbingan itu lebih selamat dan dilindungi.

“Biasanya orang kata bangunan KEMAS ni selalu digembar-gembukan sebagai satu bangunan yang kurang selesa, dalam keadaan yang daif dan sebagainya.

“Usaha kerajaan kini, khasnya kementerian (KKDW) sedang menaik taraf kemudahan-kemudahan lebih baik dan selesa yang mana setiap tahun kita merangka dan merancang dan membina baru dan naik taraf bangunan kita laksanakan,” katanya lagi.

Dalam insiden pada Selasa, seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mengamuk dan melakukan khianat harta benda di sebuah tabika di Tanjung Manis.

Tindakan suspek berusia 17 tahun itu menyebabkan pelbagai barangan milik tabika berkenaan rosak termasuk lima unit pasu bunga, empat keping cermin tingkap, satu unit pintu kayu dan papan pensel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan