Malaysia bangkit tewaskan Kepulauan Solomon 4-1

KUALA NERUS, 14 Jun: Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan bergaya ke atas pasukan di ranking lebih tinggi, Kepulauan Solomon 4-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.