Search
Close this search box.
Hidangan istimewa mi segera udang galah dihidangkan kepada rombongan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka 60 Tahun di Daerah Tatau hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Udang galah sepit biru berpotensi jadi produk pelancongan Tatau

ByYazid Ibrahim

TATAU, 13 Jun: Udang galah sepit biru yang banyak didapati di sini dilihat sangat berpotensi untuk menjadi produk pelancongan.

Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan berkata, pihaknya bercadang untuk mempromosikan sumber protein air tawar itu dalam masa terdekat.

Pertandingan ratu etnik meriahkan Pesta Tatau pada Ogos depan

“Sememangnya Tatau sangat popular dengan udang galah dan sebenarnya usaha menonjolkannya sudah bermula.

“Hari ini kami hidangkan makanan istimewa iaitu mi segera bersama udang galah kepada rombongan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang tiba di sini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Jabang bersama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Pandang Semat dan Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan (DSP) Jame Reis menyambut ketibaan rombongan awal petang tadi.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Timbalan Setiusaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak, Dolhadi Mazuki dan Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan