Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah (empat dari kiri) hadir sidang media penganjuran Simposium Pemulihan Antarabangsa (IRS) 2023 yang akan berlangsung di Sarawak pada September depan. Foto TVS.

Sarawak anjur simposium antarabangsa bincang atasi ketagihan dadah

KUCHING, 13 Jun: Penganjuran Simposium Pemulihan Antarabangsa (IRS) 2023 oleh Kerajaan Sarawak pada 18 hingga 21 September depan membuktikan komitmen untuk menangani isu dadah dan substans (MIDS), kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata, penganjuran simposium tersebut merupakan yang pertama di dunia malah diiktiraf oleh rakan strategik dari luar negara.

Katanya, antara yang akan turut hadir termasuklah Bureau of International Narcotics and Law Enforcement Affairs (INL) dan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

“Sebelum ini simposium berkaitan MIDS hanya dianjurkan di peringat wilayah sahaja namun penganjuran IRS 2023 ini turut diiktiraf oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Organization for Addiction Prevention, Treatment and Rehabilition (OAPTAR) Cindy Biding dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sarawak, Iskandar Turkee.

IRS 2023  dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), AADK, International Society of Substance Use Profesional (ISSUP) Malaysia Chapter dan disokong oleh Business Event Sarawak.

Simposium ini bakal menghimpunkan 800 peserta yang terdiri daripada pakar dan pengamal pengurangan permintaan dadah (DDR) dari pelbagai negara.

Sementara itu Fatimah berkata, IRS 2023 juga menjemput pakar seperti Prof Igor Koutsenok dari University of California San Diego, Amerika Syarikat, Dr Yatan Patal Sign Balhara dari India Instute of Medical Sciences, India dan Ali Adyb dari Global DDR Trainer Maldives.

“Ada dalam kalangan mereka merupakan bekas penagih yang berjaya keluar daripada masalah ketagihan dadah dan substans.

“Mereka dijemput untuk berkongsi pengalaman dengan peserta simposium,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan