Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting (tengah) diapit Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng (keempat dari kiri) dan Rakan Penganjur Inkubator SAGO, Evelyn Teo (keempat dari kanan) dan peserta Inkubator SAGO. Foto: TVS.

SAGO Incubator bantu kembangkan usahawan makanan dan minuman di Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 13 Jun: Program Sarawak Gastronomi (SAGO) Incubator yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Sarawak memberi nilai tambah kepada usahawan bidang makanan dan minuman di sini.

Salah seorang peserta, Azlin Keria berkata, dia didedahkan dengan pengetahuan baharu seperti penyediaan makanan selain turut diajar mempelbagaikan perisa makanan yang dihasilkan.

Pengasas Tacos Lengis itu berkata, produknya mempunyai kombinasi perisa dan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pembeli.

“Saya hasilkan tacos yang mempunyai cita rasa Sarawak.

“Ini berbeza dengan tacos yang dijual di tempat lain,” katanya.

Program selama 10 minggu yang bermula sejak 2 Mei lepas dianjurkan oleh The Hills Kuching, WAT Sarawak serta Retrospective Discovery dan disokong oleh Tegas Digital Village.

Menerusinya, peserta turut berpeluang untuk mengembangkan rangkaian perniagaan mereka.

Azlin berkata, dia percaya SAGO Incubator akan turut memperkasakan industri makanan dan minuman di Sarawak.

“Menerusi sokongan berkonsep mentor oleh pemain industri yang disediakan, ia telah menggalakkan peserta untuk menyerlahkan kreativiti masing – masing,” katanya.

Bagi Pengasas Suci & Juicy, Doiendravieson Steward Runggah pula, usia muda bukan penghalang baginya untuk memperoleh pengetahuan baharu.

Pada masa hadapan, dia mahu mengembangkan perniagaan masakan barat yang diusahakan dengan mengenengahkan cara masakan secara sous vide.

“Selepas selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terus menyertai industri makanan dan minuman, bermula sebagai pelayan kafe dan akhirnya saya menghasilkan produk minuman jenama sendiri,” katanya.

Sementara itu, bagi usahawan makanan halal ketika berpantang, Nur Hanie Mohammed berkata, latihan yang diberikan menerusi SAGO Incubator bersifat menyeluruh.

“Ianya merangkumi latihan pengurusan perniagaan hingga kewangan.

“Latihan yang disediakan sangat holistik,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan