Search
Close this search box.
Dari Kiri: Lansy anak Johan (Bendahari REDEEMS), Pilot anak Gadong ( Pengurus Majlis REDEEMS), Datuk Datuk Peter Nansian Ngusie ( Presiden REDEEMS), Fadia Hasweera (Perunding) dan Yolanda Peter Nansian. Foto: Diana (TVS)

Pelbagai acara menarik sempena Carnival Gawai REDEEMS 2023

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 13 Jun: Orang ramai dijemput memeriahkan Carnival Gawai REDEEMS 2023 (GCR 2023) yang akan berlangsung bermula 7 hingga 9 Julai depan.

Presiden Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS), Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, festival berkenaan akan mempamerkan pelbagai aktiviti menarik termasuk hidangan juadah asli masyarakat Dayak.

Kata beliau, turut dilangsungkan ialah pameran seni dan kraf selain persembahan ikonik oleh kumpulan muzik rock terkenal Malaysia, XPDC di Kampung Budaya Bidayuh (BCV) di Bau.

“GCR 2023 ini penting bagi memupuk pertukaran budaya, penghayatan dan pemahaman antara pelbagai masyarakat.

“Ia mampu memastikan budaya dan bangsa kita setanding dengan kaum lain di seluruh dunia dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan pelancongan Sarawak,” katanya menerusi sidang media di sini hari ini.

Peter Nansian berkata, sambutan kali ini bertemakan Ngir’aa, Kimaju Adat Asal akan turut diserikan dengan program – program utama yang lain.

“Ini termasuklah pertandingan Dayung Sikora REDEEMS 2023 dan pertandingan Battle of The Bands 2023 (BOTB).

“Berkenaan dengan BTOB, orang ramai yang berminat untuk menyerlahkan bakat menyanyi mereka dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10, 000 yang ditawarkan perlu mendaftarkan secepat mungkin,” katanya.

Beliau memberitahu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang juga dijadual menghadiri GCR 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan