Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Datuk Zakri Jaafar menyaksikan Pertukaran Dokumen Kerjasama MDEC bersama UK-ASEAN Business Council (UKABC) oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz (kiri) dan Pengerusi UK ASEAN Business Council Ed Vaizey (tiga, kanan) pada Minggu Teknologi London (LTW) di sini hari ini. Foto: Bernama.

Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion semasa Minggu Teknologi London – Fahmi

ByBernama

LONDON, 13 Jun: Malaysia meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital semasa misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023 yang diketuai Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Pelaburan ini dijangka mencipta tidak kurang daripada 1,800 pekerjaan bernilai tinggi, umum beliau pada majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan International Data Centre Authority (IDCA) di sini.

Selain itu, MDEC juga mengadakan pertukaran kerjasama dengan UK-ASEAN Business Council (UKABC) dan Commonwealth Enterprise and Investment Council.

Semasa acara itu, Sunway Group turut menandatangani MoU dengan Wippd dan pengumuman pelaburan lain dibuat oleh sembilan syarikat terkemuka dari United Kingdom (UK) termasuk Access Group, Dataswyft, TPP, Activpayroll, Ekco, Yondr Group, GBG, Hamilton Barnes, dan MMOB.

Fahmi berkata kejayaan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap rangka kerja kukuh Malaysia Digital (MD), yang merupakan inisiatif strategik nasional yang memacu ekonomi digital berada di landasan tepat seiring dengan visi Malaysia MADANI.

Menerusi misi ini, Fahmi  bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz turut mengadakan sesi meja bulat berkenaan inisiatif MD bersama tokoh-tokoh dan eksekutif perniagaan.

Beliau juga dijadual memberikan ucap tama bertajuk “Opportunities in ASEAN” pada Minggu Teknologi London 2023 serta menjadi salah seorang ahli panel pada sesi Global Tech Stage. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan