Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub arbi dan ADUN Telian, Royston Valentine menyaksikan Majlis Penyerahan Bendera 60 Tahun Sarawak Merdeka oleh Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti kepada Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh di Medan Selera Metading, Mukah. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Bangunkan Balingian sebagai bandar satelit – Abdul Yakub

ByMuqri Aziz

BALINGIAN, 13 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi meluahkan hasrat agar kawasan ini dapat dibangunkan sebagai sebuah bandar satelit di Sarawak.

Kata Abdul Yakub, sekiranya perancangan itu dilaksanakan, Balingian akan ‘keluar’ daripada senarai kawasan luar bandar berikutan banyak industri baharu akan dapat dimajukan.

Industri berkenaan kelak katanya akan memacu pertumbuhan ekonomi setempat selain lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk jalan raya yang lebih baik serta kompleks pentadbiran akan dibina.

“Saya berhasrat dalam tempoh 60 tahun akan datang, perkara berkenaan akan dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menyambut ketibaan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Medan Selera Metading, sini hari ini.

Turut hadir, ADUN Telian, Royston Valentine, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Pandang Semat dan Pegawai Daerah Tatau, Jabang Juntan.

Konvoi berkenaan diketuai oleh Timbalan Setiusaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak, Dolhadi Mazuki dan Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti.

Turut senada ADUN Telian, Royston Valentine yang berharap kawasan di Mukah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Beliau mahu kawasan-kawasan tersebut dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur asas seiring dengan kemajuan bandar-bandar utama.

“Jadi, kita (harus) mempunyai usaha dan perancangan untuk memastikan Mukah ini seiring pembangunannya dengan bahagian-bahagian lain.

“Tidaklah selepas 60 tahun, kita masih menyebut mengenai pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik kerana kemudahan itu perlu lengkapkan dalam tempoh terdekat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan