Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima sejumlah 17 kes berkaitan rokok elektronik (EVALI) setakat bulan ini. Gambar hiasan: Envato.

17 kes berkaitan rokok elektronik dikesan – KP Kesihatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima sejumlah 17 kes berkaitan rokok elektronik (EVALI) setakat bulan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata semua pengamal perubatan diminta terus membuat notifikasi kepada pihak KKM sekiranya mana-mana pesakit dikesan menghidap EVALI.

“Oleh yang demikian, KKM ingin mengingatkan semua pengguna bahawa rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat kerana memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan ia bukan satu kaedah alternatif untuk berhenti merokok.

“Bagi mereka yang merokok dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik-klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata pada 2021, Panduan Amalan Klinikal Pengurusan EVALI telah diwujudkan oleh KKM bagi membantu pengamal perubatan mengesan dan merawat kes-kes EVALI.

Beliau berkata pada Jun tahun lepas, KKM telah memulakan aktiviti pemantauan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik termasuk EVALI melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan keperluan notifikasi.

Katanya sehingga kini, penggunaan rokok elektronik telah terbukti mendatangkan kemudaratan kerana bahan terkandung dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan kimia yang boleh memberi kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.

Dr Muhammad Radzi juga berkata data yang diperoleh menerusi Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun meningkat daripada 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus pada 2022.

“Peningkatan yang ketara turut berlaku dalam kalangan remaja perempuan iaitu daripada 2.8 peratus pada 2017 meningkat kepada 6.2 peratus pada 2022,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan